Ads 468x60px

Labels

Latar Belakang

PUSPANITA JPPH Selangor telah ditubuhkan pada 25 Mac 2010 oleh Puan Salhawanilatuliza Binti Abdul Wahab, isteri Pengarah Penilaian Negeri Selangor. Beliau adalah Pengerusi PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA JPPH Selangor adalah cetusan idea Tuan Hj. Nordin Bin Daharom, Pengarah Penilaian Negeri Selangor ketika beliau mula bertugas disini pada Januari 2010.

PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Keterampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus.