Ads 468x60px

Labels

Jumaat, Disember 23, 2011

Majlis ‘HIGH TEA’ Bersama Pengerusi PUSPANITA JPPH Selangor

Sebagai penutup tirai 2011, Puspanita JPPH Selangor/Shah Alam telah berjaya mengadakan satu Majlis ‘High Tea’ bertujuan meraikan dan merapatkan lagi siratul rahmi dikalangan ahli. Aktiviti ini adalah terbuka kepada setiap cawangan Puspanita JPPH. Walau bagaimana pun hanya cawangan JPPH Gombak sahaja yang turut serta dalam majlis ini.

Majlis telah diadakan pada 22 Disember 2011 jam 2.00 petang hingga 5.30 petang bertempat di Bilik Impian Kelab Darul Ehsan, Shah Alam. Seramai 38 ahli telah hadir dimana setiap ahli telah diberi cenderahati dan juga hadiah cabutan bertuah.


Rabu, November 23, 2011

Lawatan ke Kilang Coklat Berryl's

Diatas permintaan ramai, pada 22 November 2011 satu lagi siri lawatan sambil belajar telah dibuat oleh Puspanita Selangor/Shah Alam. Pada kali ini kilang membuat chocolate di kawasan perindustrian Seri Kembangan menjadi pilihan. Seramai 40 orang peserta termasuk dari cawangan Gombak dan Bangi mengikuti lawatan ini.


Jumaat, Julai 29, 2011

Lawatan ke Strawberry Park, Genting Highlands

Program anjuran Puspanita JPPH Gombak ini telah mendapat sambutan   yang menggalakkan dari ahli-ahli Puspanita cawangan Selangor/Shah Alam dan Klang. Lawatan ke Strawberry Farm di Gohtong Jaya, Genting Highland diadakan pada 28 Julai 2011. Pengangkutan adalah menggunakan bas INSPEN. Puspanita JPPH Selangor/Shah Alam diminta untuk menyediakan sarapan pagi kepada semua peserta lawatan. Manakala JPPH Gombak menyediakan air minuman dan cenderahati kepada pihak pengurusan Strawberry Farm.










Jumaat, April 22, 2011

Mesyuarat Agung PUSPANITA JPPH Selangor

Mesyuarat Agung PUSPANITA JPPH Selangor telah diadakan pada 21 April 2011 di Bilik Mesyuarat, tingkat 4, Pejabat PD Shah Alam. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nordin B. Daharom selaku Penaung PUSPANITA JPPH Selangor.












Rabu, Mac 23, 2011

Lawatan amal ke Rumah Anak-Anak Yatim AMAN

Mengadakan lawatan amal ke Rumah Anak-Anak Yatim AMAN di Seksyen 2, Shah Alam pada 22 Mac 2011. Aktiviti ini turut disertai oleh ahli Puspanita dari cawangan JPPH Klang, Bangi dan Gombak. Puspanita turut memberi sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM405.00 serta barang keperluan lain seperti susu tepung, kismis, biskut, kertas A4, pencuci lantai dan lain-lain.


Sabtu, Februari 26, 2011

Lawatan ke Kilang Roti High 5

Satu lawatan ke kilang roti High5 telah diadakan pada 24 Feb 2011. Lawatan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli Puspanita dan juga warga kerja JPPH Selangor.